Shafie Masih Ketua Menteri Sabah Sehingga Tarikh Mengundi

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih Ketua Menteri Sabah yang sah sehingga tarikh hari mengundi pilihan raya negeri Sabah yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

Perkara itu ditegaskan beliau dalam sidang media khas di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

“Saya masih Ketua Menteri yang sah dan kerajaan yang sah memerintah sehinggalah hari mengundi tiba.

“Rakyat akan membuat keputusan dan saya yakin mereka akan buat keputusan bijak,” katanya.

Terdahulu beliau mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah setelah mendapat persetujuan Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1752