Harga RON95, RON97 Kekal, Diesel Naik Satu Sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.68 dan RM1.98 seliter.

Harga runcit diesel pula naik satu sen seliter kepada RM1.83.

Harga minyak ini berkuat kuasa tengah malam ini hingga 7 Ogos depan.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *