Sabah Berdepan Pilihan Raya Mengejut?

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan dibubar pada Khamis?

Itu kata Senator Adrian Lasimbang dalam satu pautan di Twitter malam tadi bahawa Sabah bakal berdepan pilihan raya (snap election) dalam masa terdekat.

Kesahihan kenyataan Lasimbang masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negeri Sabah.

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di kediaman Musa di Jalan Temasu, Luyang belum menunjukkan sebarang perkembangan setakat ini.

Difahamkan, Musa yang sebelum ini mendakwa mempunyai sekurang-kurangnya majoriti mudah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan ke Istana Negeri Sabah untuk mengadap Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Juhar Mahiruddin.

Jalan masuk ke Jalan Istana turut dipenuhi sepasukan anggota polis untuk mengawal laluan masuk ke Istana Negeri.

Menurut sumber, satu sidang media akan dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikediamannya di Kota Kinabalu, berhubung perkara itu yang dijangka pada Khamis, 10 pagi. – Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3115