Kerajaan Warisan Bukan Kerajaan Daripada “Mandat Rakyat”?

Demi survival parti mereka macam persepsi dibagi. Oleh yang demikian saya pun mahu menulis berkenaan isu ini untuk memberi kebenaran.

Bercerita tentang mandat rakyat yang melibatkan rakyat memilih calon dan parti semasa pilihanraya. Ahli parlimen dan Adun berjaya disebabkan oleh mandat rakyat. Hasil daripada kemenangan ini mereka membentuk kerajaan negeri Sabah.

PRU yang lepas Kerajaan Warisan/PH berjaya mendapat kerusi 29, Barisan Nasional/UMNO 29 kerusi dan STAR 2 Kerusi. Jadi menyebabkan kerajaan tergantung. Jadi yang menjadi “king maker” sekaligus boleh menentukan kerajaan negeri Sabah ialah STAR.

Semasa ini STAR direbut oleh kedua-dua pihak. Untuk pengetahuan semua STAR tidak pernah bersetuju bernaung dengan mana-mana pakatan yang wujud di Sabah sama ada BN atau PH.

Buktinya dalam pertembungan kerusi di Parlimen Keningau P180 wujud 3 pertembungan di sana. Iaitu STAR vs BN vs Warisan. Jadi secara ringkasnya STAR ini adalah parti yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pakatan semasa PRU14.

STAR sudah istihar dia akan sokong BN semasa dalam keadaan kerajaan negeri tergantung. Secara automatik mengikut perlembangaan negeri Sabah BN boleh membentuk kerajaan negeri. Malam itu juga Tan Sri Musa Aman angkat sumpah.

Tapi kurang dari 48 jam beberapa wakil rakyat DUN UPKO dan DUN UMNO bertindak melompat menyokong Warisan dan PH sekaligus memberi majoriti kepada DSP Shafie untuk membentuk kerajaan.

Ke semua DUN UPKO dan DUN UMNO yang melompat ini telah bertanding dengan logo, bendera, jentera BN, mendapat peruntukkan pilihanraya daripada BN, dapat sokongan rakyat semasa pilihanraya disebab faktor BN.

Berbeza dengan STAR yang memang menggunakan logo, bendera, dan bajet sendiri.

Hujah orang Warisan UPKO PH : STAR menang disebabkan rakyat benci UMNO BN di kawasan yang STAR menang

Jawapan saya : STAR juga menang disebabkan oleh rakyat di kawasan STAR tidak sokong Warisan UPKO PH. Contoh di parlimen keningau STAR BN Warisan. STAR dapat majoriti. Jadi janganlah guna hujah ini.

Jadi siapa katak? Siapa yang layak cakap pasal mandat rakyat? Kerajaan negeri dari mandat rakyat sekarang?

Persoalan terbesar saya sekarang kenapa mereka melompat?

Mungkin saya boleh guna balik ucapan daripada DSP Shafie baru-baru ini.

“Oleh kerana mereka kerajaan persekutuan”
Bukan bulat saya ringkaskan sahaja.

  1. Tawaran Jawatan
  2. Tawaran Wang
  3. Ugutan menggunakan agensi kerajaan

Semua perkara ini digunakan oleh PH semasa meranapkan BN di Sabah semasa pembentukan Kerajaan negeri Sabah? Boleh jadikan bro?

Hal ini berlaku mungkin semasa pembentukan kerajaan negeri yang lepas semasa PH memerintah. DSP shafie dengan nada yang marah “jangan kacau kami” dia kena juga berhadapan dengan perkara yang kerajaan PH persekutuan pernah lakukan dulu pada BN erti kata lain DSP Shafie takut bayang-bayang sendiri.

Untuk maklumat semua wakil rakyat yang melompat menyokong Warisan PH ini ada yang telah pun menjadi timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri di dalam kabinet Sabah.

Apa yang saya bagitahu ini semua kebenaran yang harus diterima. Cukup memanipulasikan fakta untuk menipu dan memberi kesedaran yang palsu kepada rakyat.

Secara kesimpulannya, kerajaan Sabah bukanlah kerajaan terbentuk dari mandat rakyat. Jadi orang-orang Warisan UPKO dan PH sedar diri dan jangan tuduh STAR sebagai melompat katak.

Tengok cermin orang bilang. Sekali pun ada DUN yang sama mahu lompat menyokong Perikatan Nasional apa salahnya. Sebab takkan lompat ini halal untuk kamu dan haram untuk orang lain? Kalau begitu bagus kamu seja yang ada kaki

Tips untuk melompat saya bagi free.

  1. Jangan lambat lompat
  2. Lompat pada masa sesuai

Pembentukkan kerajaan negeri Sabah dari dulu lagi dipengaruhi besar dari perubahan politik di semenanjung Malaysia. Kalau kerajaan pusat mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri nescaya stabillah tapi kalau tidak bila-bila masa sahaja boleh bertukar.

Itulah macam pakcik-pakcik cakap apa yang kita buat sama orang kita akan dibuat balik cepat atau lambat.

Inilah “Realpolitik” realiti yang kita tengok. Orang politik melihat sebagai biasa. Macam saya dulu marah bila diorang ini lompat-lompat. Tapi sekarang saya tidak marah sudah sebab ini sudah saya anggap norma ahli politik di Malaysia.

Kenapa saya cakap norma politik sabah? Nanti saya akan ulas di penulisan seterusnya.

Cabaran ahli politik sekarang seimbang Realpolitik dan moral politik.

Zainald Zainuddin
Anak muda sepanggar

#Anakmudasepanggar

#Sepanggar

#anakmudaSabahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *