RON97 & RON95 Naik 7 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 dan RON95 naik tujuh sen seliter, manakala diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Julai ini.

Berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu RON97 ialah RM2.02 seliter, RON95 (RM1.72) dan diesel RM1.87.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kenaikan itu dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari trend harga minyak mentah dunia ketika ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

784