
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling telah tamat pada hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kluster Covid-19 di Malaysia iaitu Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling adalah diisytihar tamat pada hari ini.
Kluster ini kemungkinan besar berpunca dari luar negara dan menular dalam negara melalui perhimpunan di masjid itu.