Tular Video Budak Bermain Dengan Buaya ‘Jinak’

Warga maya di Indonesia dikejutkan dengan rakaman video beberapa kanak-kanak bermain bersama buaya di sungai yang menimbulkan kebimbangan kemungkinan menjadi mangsa sang bedal.

Menerusi video itu, tiga kanak-kanak terbabit menarik reptilia berkenaan yang tidak memberi sebarang reaksi balas sehingga disangka jinak.

Kanak-kanak itu juga menarik mulut buaya berkenaan sambil beberapa yang lain berenang mengelilinginya.

Susulan itu warga maya memberi pelbagai reaksi apabila ada yang kagum dengan hubungan erat antara manusia dan haiwan, tetapi tidak kurang yang khuatir keselamatan kanak-kanak berkenaan.

Memetik TribunnewsBogor.com, Panji Petualang dalam hantaran di laman Instagram Sabtu lalu memaklumkan, buaya berkenaan sebenarnya sudah mati dan membolehkan kanak-kanak bergurau tanpa bimbang.

Lapornya, mustahil jika masih bernyawa, haiwan itu tidak memberi tindak balas sedangkan makanan terhidang di hadapannya.

Laman itu juga menyangkal dakwaan reptilia itu sangat jinak.

“Buaya itu tersangkut pada jaring nelayan sebelum mati, namun bangkainya terbiar di sungai,” katanya.- Agensi / HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *