Lelaki Maut Kereta Langgar Pokok Di Lahad Datu

Keadaan kenderaan yang terbalik di lokasi kemalangan.

LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 26, Jalan Lahad Datu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.28 pagi itu, mangsa, Azanan Yakab, 44, maut di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah yang dialaminya ekoran kemalangan tersebut.

Keadaan kenderaan yang terbalik di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke Tawau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

“Kenderaan mangsa turut melanggar sebatang tiang kabel telekomunikasi di situ sebelum terbalik di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran,” katanya.

Keadaan kenderaan yang terbalik di lokasi kemalangan.

Tambah Nasri, akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Siasatan di lokasi kejadian, kemalangan berlaku ketika keadaan cuaca baik, jalan raya kering dan siang.

“Mangsa juga disyaki tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, namun, difahamkan tidak memiliki lesen memandu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Nasri, sehingga kini, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *