Isteri Tak ‘Layan’, Anak Jadi Ganti

Suspek ketika ditahan polis.

SURABAYA: Seorang lelaki di Indonesia tergamak mencabul anak tirinya dengan memberi alasan kononnya tidak menerima layanan batin daripada isterinya.

Tribune News melaporkan lelaki berusia 34 tahun dari Tuban, Jawa Timur itu didakwa selepas melakukan keganasan seksual dan pencabulan terhadap kanak-kanak di bawah umur.

Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak lapan kali sejak November tahun lalu.

Perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa yang kerap keletihan selepas dicabul mengadu kepada ibunya.

Dalam keterangannya, suspek mengaku melakukan perbuatan itu selepas tidak dilayani isterinya, sejak dia pulang dari Malaysia kerana bekerja tahun lalu.

“Selama melakukan perkara itu, saya meminta anak tiri saya tidak memberitahu ibunya kerana ia aib,” katanya.

Ketua Polis Tuban, Ruruh Wicaksono mengesahkan, suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak.

“Suspek berjaya ditahan pada Isnin (semalam).

“Polis turut mengambil barang bukti seperti baju tidur dan seluar dalam mangsa,” katanya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1915