Keluang Gergasi Bersaiz Badan Manusia

Keluang bersaiz manusia tular di media sosial.

MANILA: Media sosial gempar apabila sekeping gambar keluang gergasi bersaiz badan manusia tular dan menjadi bualan warganet.

Perkongsian pertama gambar itu dipercayai daripada pengguna Twitter dari Filipina, @AlexJoestar622 yang memaklumkan haiwan itu spesies giant golden crowned flying fox.

Ramai memberikan maklum balas mereka tidak pernah tahu kewujudan mamalia itu.

Perkongsian itu meraih 103,000 ulang ciap, 260,000 tanda suka dan ribuan komen.

Ramai warganet memberi maklumat mengenai mamalia itu dan cuba menjelaskan keraguan orang ramai.

Pengguna Twitter @louistenantIV mengesahkan keluang itu spesies dari Filipina.

“Haiwan jenis ini ada sayap lebar, tetapi badannya tidak begitu besar, lebih kurang saiz anjing.

“Keluang ini hanya makan buah terutama jambu. Ia juga tidak ganas,” katanya seperti dipetik portal Gulf News. Haiwan terancam akibat penebangan hutan dan aktiviti pemburuan haram. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2255