20 Ekor Buaya Terlepas Di Kimanis Berita Palsu

PAPAR: Susulan kenyataan tular di aplikasi Facebook dan WhatsApp sejak semalam berhubung 20-ekor buaya terlepas dari sebuah kandang buaya di Jalan Ulu Kimanis.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Anak Umpit memaklumkan, kenyataan tersebut adalah berita palsu.

Beliau menyatakan perkara ini kepada wartawan RTM ketika dihubungi di Kota Kinabalu. Katanya, beliau telah menghantar Ketua Balai membuat pemeriksaan dan tinjauan di ladang kandang buaya seperti yang ditularkan.

Pemeriksaan dan tinjauan sekitar pukul 9:30-pagi tadi mendapati, kandang buaya di ladang berkenaan dalam keadaan baik dan bukan seperti yang ditularkan, rosak kerana arus deras banjir.

Oleh yang demikian, beliau meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu berhubung perkara ini yang boleh menimbulkan panik kalangan masyarakat.

Sumber : Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Anak Umpit / BERITA RTM SABAH

Foto Tangkap layar : Netizen

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1631