Wirawati Sepanggar Nafi 600 Ahli Keluar Warisan

SEPANGGAR:  Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Sepanggar, menafikan kenyataan bekas ketuanya, Raisa Abd Ghaffur yang mendakwa kira-kira 600 ahli daripada Sembilan cawangan di bahagian Sepanggar meninggalkan parti berkenaan.

Timbalan Ketua bahagian Sepanggar, Ahmad Jais Otong berkata, sebenarnya hanya dua cawangan – Telipok Ria Blok 18 dan Telipok Ria Blok 15 – menutup cabang itu dan bukannya Sembilan seperti yang dilaporkan.

Kelmarin, Raisa memberitahu di sidang media, kononnya beliau bersama dengan kira-kira 600 ahli dari sembilan cabang membuat keputusan meninggalkan parti itu selepas hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.

“Seramai 600 ahli cawangan itu keluar parti

bersama-sama dengan saya pada Ahad. Keputusan itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan berkenaan, ditutup. Tindakan ini diambil atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” katanya.

RAISA

Beliau mendakwa bahawa Azis gagal memikul tanggungjawabnya untuk menjaga kesejahteraan anggota, dan menambah bahawa Ahli Parlimen Sepanggar itu tidak pernah menjawab panggilan atau mesej yang mereka hantar.

Mengulas kenyataan itu, Ahmad Jais berkata, Raisa seharusnya memahami tanggungjawab berat yang dipikul oleh Azis yang bertugas sebagai menteri di peringkat persekutuan dan Ahli Parlimen pada masa yang sama.

Sekiranya beliau benar-benar ingin menghubungi Azis untuk mengusulkan sesuatu, beliau seharusnya memberikan dokumen atau surat rasmi.

Azis memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri di persekutuan di Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Jais, ada prosedur yang harus diikuti oleh semua ahli dan bukannya hanya berkomunikasi melalui pesanan teks.

“Sebarang cadangan, terutama jika membabitkan peruntukan, mesti ditulis dalam surat rasmi agar penyelarasan dapat dilakukan dengan sewajarnya,” katanya dalam sidang media lain pada hari Ahad.

Ahmad Jais menegaskan bahawa Azis selalu dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan beliau tidak akan mengabaikan kebajikan orang ramai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wirawati Warisan Sepanggar, Faizah Din menyuarakan perasaan kecewa ke atas pemergian ketuanya tetapi menyatakan keyakinan bahawa cabang-cabang lain akan mengekalkan status quo mereka dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Azis.

“Tindakan Raisa untuk keluar daripada parti adalah atas alasan peribadi yang tidak relevan. Sebagai ketua, beliau seharusnya memanfaatkan keistimewaannya untuk memberi kesan positif kepada para ahli dan menghargai sokongan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Beliau juga tidak pernah menghiraukan kami setiap kali kami menyuarakan cadangan dan tidak ada yang pernah dilaksanakan.

“Sebaliknya, beliau menanamkan unsur-unsur negatif di kalangan ahli seperti yang dibuktikan pada hari ini. Beliau sepatutnya menjaga kebajikan semua. Saya tahu peranan sebagai ketua tidaklah mudah, tetapi saya percaya bahawa dengan bekerjasama sebagai satu pasukan,  ada integriti,  saling percaya dan ikhlas, semua tugas patut dapat berjalan dengan lancar,” kata Faizah, yang kini menjadi pemangku Ketua Warisan Wirawati Sepanggar.

Beliau berkata, ahli sayap wanita itu akan meneruskan pelbagai pelan yang sedang dirangka dan akan terus memperbaiki segala kelemahan untuk memastikan pembangunan di Sepanggar.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *