RON97 & RON95 Naik 3 Sen, Diesel Naik 4 Sen Seliter

KUALA LUMPUR: Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik tiga sen, manakala diesel pula naik empat sen bagi tempoh 20 hingga 26 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.89, RON95 (RM1.59) dan diesel RM1.77.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1220