Cukup-Cukuplah ‘Muslihat Politik’ Dari Smenanjung, Kata Warisan

Adun Sugut James Ratib (kiri) dan Adun Kuala Penyu Limus Jury mengumumkan keluar Upko di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri pimpinan Warisan hari ini berkata, rakyat Sabah telah muak dengan “muslihat politik” yang bermula di semenanjung Malaysia berikutan peletakan jawatan 2 Adun Upko daripada parti itu.

Naib presiden Warisan Junz Wong berkata, majoriti rakyat mahu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan semula negeri itu, bukannya menjadi sebahagian daripada “permainan kuasa persekutuan”.

“Kami tidak mahu terlibat. Kepimpinan kerajaan negeri mahu fokus pada pembinaan semula neger ini,” kata menteri pertanian dan industri makanan negeri dan Adun Tanjung Aru itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu hari ini, Adun Sugut James Ratib dan Adun Kuala Penyu Limus Jury mengumumkan keluar Upko dengan berkata, mereka tidak menyokong negeri Sabah menjadi pembangkang kepada kerajaan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.

Mereka mengisytiharakan diri sebagai anggota Bebas buat masa ini.

“Kerajaan Sabah masih mempunyai 41 daripada 60 kerusi negeri, sedangkan PN ada 19 kerusi, termasuk 2 yang melompat hari ini.

“Ini tidak termasuk 5 Adun yang dilantik. Kami juga ada kuota untuk melantik seorang lagi,” katanya.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *