WARISAN Keluar PH adalah Berita Palsu

KOTA KINABALU: Isu tular yang mengatakan Parti Warisan Sabah (Warisan) mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) adalah berita palsu yang sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr. berkata, sejak ditubuhkan Warisan juga tidak pernah sekali pun menyertai Pakatan Harapan kecuali menjalin kerjasama.

“Kenyataan ini adalah daripada pihak tidak bertanggungjawab yang cemburu dengan kerjasama PH Plus dan ingin memecahkan kerjasama tersebut.

“Sebagai rekod, Warisan sejak sebelum PRU14 lagi, tidak pernah berada di dalam gabungan Pakatan Harapan, namun Warisan amat konsisten dengan pendiriannya untuk bekerjasama dengan PH sehingga PH sekarang digelar PH Plus,” katanya.

Sehubungan itu, Loretto menyeru semua penyokong Warisan agar tidak mempercayai berita palsu itu. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1180