
PUTRAJAYA: Sebanyak 8 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,453 kes setakat Sabtu (14 Jun 2020), jam 12 tengahari.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 986 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.
Ingin dimaklumkan daripada jumlah 8 kes terdapat dua kes import, daripada 6 kes tersebut sebanyak 4 kes bukan warganegara dan 2 kes daripada warganegara.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu kes kematian, 121 kes bersamaan dengan 1.43%.
Sumber: Sidang Media KKM
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost