Pengangkutan Awam Dibenar Beroperasi Kapasiti Penuh

KUALA LUMPUR: Pengangkutan awam termasuk bas awam, feri, kereta api, transit aliran ringan (LRT) turut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh mulai hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun, bagi pengangkutan awam yang membenarkan penumpang berdiri, mereka perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakan sosial.

“Bagi pengangkutan awam seperti LRT dan MRT (transit aliran massa), penumpang perlu mengawal kendiri penjarakan supaya tidak berhimpit dan bersesak.

“Selain itu, penumpang dan pemandu setiap masa mesti pakai pelitup muka dan memuat turun aplikasi MySejahtera selain menggunakan cecair pembasmi kuman sepanjang perjalanan,” katanya dalam sidang media harian PKPP, di Putrajaya, hari ini. BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

554