TAWAU: Majoriti penduduk Kampung Ranggu yang tinggal di kawasan Taman Ranggu Saujana, Rancangan Ranggu, Taman Alamanda & Taman Perwira memohon kepada pihak berkaitan untuk mempercepatkan projek jambatan Kampung Ranggu yang ‘terbengkalai’ sejak dirobohkan pada tanggal 25.11.2019 yang lalu.
Seorang dipercayai penduduk Kampung Ranggu hari ini telah membuat satu ‘posting’ di facebook memohon kepada pihak berkaitan untuk mempercepatkan projek jambatan ranggu yang telah diumumkan pada tahun lepas.
Hasil carian kami, berita berkaitan projek jambatan di Kampung Ranggu ini melalui laman Facebook BES TAWAUfm telah bermula pada sekitar Disember 2019 lagi.
Pada 9.2.2020 lalu, wakil rakyat N.55 Balung, Datuk Osman Jamal bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pemaju pernah hadir mengadakan Program soal jawab bersama penduduk membincangkan permbinaan jambatan ini.
Hasil dari pertemuan tersebut, rata-rata penduduk Kampung Ranggu hanya meminta agar pemaju atau wakil rakyat dapat sediakan satu Jambatan lencongan bersifat sementara yang boleh dilalui oleh sebuah kenderaan dapat dibina bersebelahan dengan jambatan utama yang sudah diroboh. Tetapi, sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan susulan.
Diharap pihak berwajib mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana penduduk amat kesal dengan kaadaan ini, jambatan ini merupakan laluan utama kepada kira-kira 5000 penduduk yang kerap menggunakan laluan ini ke tempat kerja dan urusan lain.
Sumber: Facebook Herman Banddu