Covid-19: Satu Positif Di Tawau Merupakan Kes Import ‘Kategori B’

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau di Balung

TAWAU; 28 MEI 2020 (Khamis): Satu kes baharu positif COVID-19 dikesan bagi daerah Tawau merupakan seorang wanita yang telah menaiki pesawat komersil dari Kuala Lumpur bersama ahli keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi dalam kenyataan medianya berkata, kes berkenaan dikatogerikan sebagai kes import B, merupakan kes yang dikesan melalui sampel yang diambil di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau.

Selepas disaring, kes berkenaan telah dikuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau di Balung dan telah dimasukkan ke wad Hospital Tawau sebaik didapati hasil saringan positif pada 26 Mei.

Katanya, dengan pertambahan kes berkenaan juga merupakan pertambahan satu kes baharu bagi negeri Sabah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 344 kes dan merupakan kes ke-85 bagi daerah Tawau.

Mengulas lanjut, Dr. Christina berkata, sebanyak 2-ribu 340-ujian telah dijalankan pada 26 Mei lepas dan menjadikan kumulatif ujian bagi negeri Sabah berjumlah 81-ribu 401-ujian. Katanya, daripada jumlah tersebut, tiga kes didapati positif iaitu satu kes baharu dikesan di Tawau dan dua lagi kes ulangan.

Kategori Import B merupakan mereka yang datang dari luar negeri memasuki Sabah dimana tempat mereka bermastautin dan kebanyakannya dari Semenanjung. – #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3626