Lelaki Lapar Pecah Masuk Restoran

Suspek ditahan ketika memecah masuk sebuah restoran untuk mencari makanan kerana kelaparan. Foto Agensi

Pataya: Disebabkan kelaparan kerana kehabisan makanan, seorang lelaki sanggup memecah masuk sebuah restoran di Som Tam, selatan daerah ini, malam kelmarin.

Thepatayanews.com melaporkan, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam ketika perintah berkurung dilaksanakan di negara berkenaan.

Thailand melaksanakan perintah berkurung bermula jam 10 malam hingga 4 pagi bagi mengekang penularan Covid-19.

Lelaki terbabit memecah masuk restoran berkenaan yang tidak beroperasi pada hari kejadian.

Tindakan lelaki itu bagaimanapun disedari pengawal keselamatan bertugas sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Berdasarkan keterangan lelaki itu kepada polis Pataya, dia sudah tidak bekerja ekoran penularan wabak itu di Thailand.

Lelaki itu memaklumkan dia tidak berniat untuk mencuri sebaliknya hanya memasak makanan yang diperoleh di restoran berkenaan kerana kelaparan. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *