Sulawesi: Warganet gempar selepas video mayat di dalam keranda dirakam bergerak ketika pengebumian, 5 Mei lalu.
Kejadian itu berlaku di kawasan Manado, utara Sulawesi dirakam seorang hadirin yang menghadiri majlis berkenaan.
Menerusi laporan Mirror.co.uk yang memetik berita Daily Mail, video itu menunjukkan kubur berkenaan dikelilingi ahli keluarga dan sahabat mendiang.
Seorang daripada mereka kemudian merakam ketika bacaan doa oleh paderi sedang berlangsung.
Bagaimanapun, ketika kamera dihala lebih dekat pada keranda, kelihatan tangan dan jari mayat bergerak.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa saat selepas bacaan doa dijalankan.
Video tular itu kemudian mengundang perdebatan dalam kalangan warga maya yang sangsi dengan pergerakan seperti didakwa.
Bagaimanapun, ada pakar berpendapat pergerakan pada mayat adalah berpunca daripada proses pereputan dan pembebasan gas menyebabkan mayat seolah-olah sedang bergerak khususnya di bahagian tangan.
Keterangan Gambar – slug HMmayat18Mei
Mayat di dalam keranda dirakam bergerak ketika majlis pengebumian – Agensi
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost