PKPB: Sembilan Lelaki Ditahan Ketika Berjudi

Kesemua sembilan suspek yang ditahan. – Foto IPD Sandakan

SANDAKAN: Sembilan lelaki sedang leka bermain judi ditahan polis ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  di gelanggang futsal Kampung Sundang Laut, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, mereka diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam Ops Dadu lebih kurang jam 9.30 malam.

Polis rampas alat judi dan wang tunai.- Foto IPD Sandakan

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian D7 telah pergi ke kampung berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mendapati kesemua suspek sedang leka bermain judi jenis Chap Ji Kee sebelum pihaknya membuat serbuan.

“Pihak kita telah merampas wang tunai, sebuah beah kain warna merah, 12 keping daun terup dan satu kotak kecil warna hitam dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian itu,” katanya.

Mohd Azhar berkata semua suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan-peraturan Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

850