Cecair Nyah Kuman Tak Hapus Covid-19 – WHO

GENEVA: Menyembur cecair nyah kuman di jalan raya yang dilakukan di beberapa negara tidak akan menghapuskan Covid-19, malah boleh menimbulkan risiko kesihatan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam dokumen berkaitan pembersihan dan proses nyahkuman permukaan, WHO berkata, langkah berkenaan tidak berkesan.

“Menyembur atau mengasapkan ruang luar seperti jalan raya atau pasar tidak dianjurkan untuk membunuh virus Covid-19 atau patogen lain kerana pembasmi kuman akan menjadi aktif disebabkan kotoran atau serpihan,” katanya.

Ia berkata, jalan raya dan laluan pejalan kaki tidak dianggap ‘takungan jangkitan’ Covid-19 sambil menambah menyembur nyah kuman mungkin ‘membahayakan kesihatan manusia’.

Dokumen itu turut menegaskan menyembur individu dengan cecair nyahkuman ‘tidak digalakkan dalam apa juga keadaan.’

“Ini boleh membahayakan fizikal dan psikologi seseorang dan tidak akan mengurangkan risiko orang yang terjangkit dari menjangkiti orang lain menerusi titisan atau kontak,” katanya. – Agensi

2025