‘Jika SOP Teratur, Masjid Sedia Untuk Dibuka’

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan solat berjemaah di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SOP berkenaan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja untuk diperkenankan.

Menurutnya, ramai umat Islam rindu ke masjid, terutama mendirikan solat Jumaat, Tarawih dan lima waktu.

“Kita doakan keadaan akan bertambah baik tambahan pula sudah banyak kawasan hijau di seluruh negara.

“Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid sudah bersedia untuk dibuka kepada ahli kariah dan beri sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP berkaitan.

“Dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat kita dengan lebih sempurna dan syiar Islam akan bersinar semula,” katanya dalam Perutusan Khas, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, SOP khusus untuk rumah ibadat lain juga sedang diperhalusi bagi membolehkan penganut agama lain beribadah di rumah ibadat masing-masing.

Jumaat lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) membincangkan pelbagai perkara termasuk mengenai solat Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh PKPB.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkanberkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung perkara berkenaan untuk diperhalusi kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

sebelum ini memaklumkan, pembukaan semula rumah ibadat berpandukan kepada nasihat dan saranan KKM.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) dan PKPB, masjid dan rumah ibadat tidak dibuka kepada umum bagi mengelak perhimpunan dalam jumlah yang ramai.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *