Empat Tahun Kurung Isteri Tak Pandai Masak

Suspek ditahan polis kerana didakwa menganiaya isterinya. Foto Agensi

JAKARTA: Hanya kerana tidak pandai memasak, seorang isteri di Jawa Barat, Indonesia dikasari dan dikurung suaminya di dalam rumah mereka, sejak empat tahun lalu.

Memetik portal Kompas, episod duka remaja berusia 17 tahun itu bermula sejak usianya 13 tahun selepas bernikah dengan lelaki berkenaan.

suspek ditahan polis kerana didakwa menganiaya isterinya. Foto Agensi

Peliknya, lelaki itu merahsiakan perkahwinan mereka daripada jiran yang tidak menyedari kewujudan remaja itu di rumah sewa pasangan berkenaan di Desa Kapasiran.

Ketika keluar bekerja, lelaki itu akan mengurung isterinya di dalam bilik utama yang mempunyai tandas, dan tidak diberi makanan.

Dia juga dikatakan kerap dikasari suaminya dengan alasan remeh antaranya tidak pandai memasak.

Penderitaan remaja itu berakhir Sabtu lalu selepas melarikan diri ketika suaminya keluar rumah sebelum meminta bantuan penduduk setempat.

Ketua Griya Parungpanjang Desa Kapasiran, Saban berkata, ketika ditemui, wanita itu tidak terurus, pucat, berbau dan badannya cedera.

“Bau (badannya) busuk sampaikan penduduk hendak muntah dan matanya lebam bekas pukulan serta badannya kurus dan pucat.

“Saya tidak pernah tahu kewujudan wanita di dalam rumah sewa lelaki itu kerana dia memberitahu belum berkahwin.

“Lelaki itu melarikan diri selepas rahsianya terbongkar. Kami tidak sangka kerana lelaki itu seorang yang baik dan rajin bekerja,” katanya.

Ketua Polis Parung Panjang, Nundun Radiaman mengesahkan penahanan lelaki terbabit selepas menerima laporan daripada keluarga remaja itu di Rangkasbitung, Banten.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *