Perjalanan Pulang Rentas Negeri Ikut Jadual PDRM Bermula 7 Mei Hingga 10 Mei – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Perjalanan pulang bagi mereka yang terkandas di kampung halaman atau di bandar untuk pulang ke tempat masing-masing akan bermula pada Khamis (7 Mei 2020) dan dijangka berakhir pada Ahad (10 Mei 2020).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pulang mengikut negeri kepada semua rakyat dalam masa terdekat.

Menurut beliau, setakat ini kerajaan telah menerima lebih 500,00 permohonan bagi individu untuk pulang ke bandar dan dari bandar untuk pulang ke kampung.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan kepada semua kakitangan kerajaan supaya tidak terburu-buru pulang pada hari ini atau esok walau pejabat telah dibuka.

Kakitangan kerajaan perlu mengikut jadual perjalanan pulang yang akan dikeluarkan oleh PDRM.

Selain itu, majikan bagi kakitangan swasta diharap tidak mengambil tindakan kepada pekerja mereka kerana pilihan pulang bukan tertakluk kepada keputusan individu tetapi berdasarkan jadual perjalanan.

Kerajaan memutuskan perjalanan rentas sempadan negeri termasuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri masih tidak dibenarkan kepada mana-mana rakyat negara sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan bermula 4 Mei ini.

Bagimanapun, kebenaran perjalanan rentas sempadan negeri itu bagaimanapun dikecualikan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini PKP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *