Sehingga Kini Lebih 3 Juta Dijangkiti COVID-19, 210,000 Terkorban

Kes Covid-19 seluruh dunia sudah menjangkiti lebih 3 juta orang dan membunuh kira-kira 210,000 orang, menurut Universiti Johns Hopkins.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO) dalam satu kenyataan memberitahu terdapat beberapa kebimbangan terhadap kenaikan kes di beberapa negara seperti Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa bahagian di Asia.

Dalam pada itu, seramai 56,000 mati di Amerika Syarikat mewakili suku kematian secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, beberapa negara juga mengumumkan melonggarkan syarat-syarat perintah berkurung dan juga membuka beberapa tempat secara berperingkat selepas 15 Mei.

SumbeR: CNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *