Dua Kematian Baru COVID-19 Dilaporkan Hari Ini, Keseluruhan 88 Kes

PUTRAJAYA: Dua kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 88 kes atau 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham, berkata kes kematian ke-87 (kes ke-2,657) ialah lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.

“Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 3.20 petang.

“Bagi kes kematian ke-88 (kes ke-5,252) ialah seorang lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun.

“Beliau dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru-paru Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 10.00 pagi,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

534