COVID-19: Angka Korban Di Jerman Atasi China

Pasukan petugas kesihatan memeriksa pesakit di sebuah lapangan terbang di Essen, Jerman.

BERLIN – Angka korban koronavirus (Covid-19) di Jerman dalam tempoh 24 jam lalu seramai 301 orang menjadikan jumlah keseluruhan 3,495, menyaksikan negara ini mengatasi China, menurut statistik pihak berkuasa kesihatan tempatan, lapor agensi berita Anadolu.

Di China sejak wabak itu mula dikesan pada Disember lalu negara ini mencatatkan 3,342 kematian.

Sumber: https://www.worldometers.info/coronavirus/

Menurut angka yang dikeluarkan Tagesspiegel dengan 2,138 kes baharu dilaporkan di Jerman, jumlah orang yang dijangkiti meningkat kepada 132,210.

Agensi kawalan penyakit Jerman, Institut Robert Koch pula melaporkan hampir 72,600 pesakit sembuh setakat ini.

Negara ini mempunyai jumlah jangkitan Covid-19 kelima tertinggi di dunia, di belakang Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali, dan Perancis.

Tetapi jumlah kematian di Jerman masih jauh lebih rendah berbanding negara lain yang teruk terjejas. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *