UAE Benarkan Kahwin ‘Online’

UAE benarkan kahwin dalam talian.

DUBAI: Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melancarkan perkhidmatan perkahwinan dalam talian yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Kementerian keadilan berkata, warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Menerusi prosedur itu, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan.

Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalui mesej teks.

Perkhidmatan ini diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan perceraian akibat kekangan pergerakan bagi mengekang Covid-19.

Namun, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai langkah menyelesaikan urusan perceraian sepanjang tempoh sekatan pergerakan.

UAE mencatatkan 3,700 kes jangkitan Covid-19, termasuk 20 kematian.- AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *