Terkini: 3 Lagi Kematian Disahkan Hari Ini, Jumlah Keseluruhan 76

PUTRAJAYA: Menerusi sidang media situasi terkini Covid-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa seramai 3 orang dilaporkan meninggal dunia pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 76 orang daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19.

Maklumat mangsa terkorban mengikut kes.

Mangsa ke 74 merupakan seorang lelaki, kes ke 4531 yang berusia 54 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Mangsa juga mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Mangsa ke 75 juga seorang lelaki yang berusia 90 tahun (kes 3469) dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak. Mangsa mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Mangsa ke 76 merupakan seorang wanita yang berusia 47 tahun (kes 4314) dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi.

Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat jangkitan wabak Covid-19.

1074