Larangan Keluar-Masuk Kenderaan Ke Lahad Datu – Polis

LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyekat pergerakan keluar masuk kenderaan dari daerah luar ke Lahad Datu, berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan media, hari ini.

“Ia bertujuan menyekat penularan wabak Covid-19.

“Sekatan itu berkuatkuasa hari ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga tamat,” katanya.

Beliau menasihatkan segala urusan yang tidak penting harus dilakukan menerusi medium alternatif seperti email, media sosial dan telefon.

Orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Lahad Datu di talian 089-881255, untuk sebarang pertanyaan.

2414