COVID-19: Dua Kematian Baru Hari Ini, Jumlah Kematian 65 Kes

PUTRAJAYA, 8 April: Sebanyak dua kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat hari ini.

Dua kematian tersebut melibatkan kes ke-2903 yang merupakan seorang perempuan berusia 58 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

Kematian kedua pula melibatkan kes ke-1906, seorang lelaki berusia 69 tahun yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Pesakit mempunyai latar belakang kencing manis dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *