Ratu Elizabeth II Positif Covid-19

Ratu Elizabeth II

London: Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19, lapor portal UCRTV.

Perkara itu disahkan Istana Buckingham melalui satu kenyataan rasmi selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendedahkan dirinya positif wabak itu, semalam.

Kenyataan itu mengesahkan, Elizabeth pernah bertemu dengan Boris, 11 Mac lalu.

Katanya, kesihatan Elizabeth kini berada dalam keadaan baik dan stabil walaupun mengalami gejala ringan wabak itu.

“HMQ (Elizabeth) juga diuji positif dan kini sedang menjalani pengasingan sendiri di Windsor Castle.

“Ratu mempunyai kontak dengan Perdana Menteri (Boris) pada 11 Mac dan baginda mengikuti semua nasihat demi kebajikannya.

“Kami akan terus kongsikan perkembangan Ratu dengan orang awam,” katanya.

Sebelum ini, Istana Buckingham mengesahkan kesihatan Elizabeth dalam keadaan baik walaupun kali terakhir bertemu dengan Boris, 11 Mac lalu.

Rabu lalu, anak sulung Elizabeth, Putera Charles yang kali terakhir bertemu ibunya itu, 12 Mac juga disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di Scotland. – Agensi

3737