COVID-19: Masih Ramai Yang Ingkar PKP – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapati ada lima masjid yang masih melaksanakan solat berjemaah walaupun pihak berkuasa membuat keputusan menangguhkannya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semalam pula, sebuah masjid mengadakan solat Jumaat menyebabkan 116 jemaahnya terpaksa ditahan kerana mengingkari PKP.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan di mana masjid berkenaan.

Justeru, katanya, kerajaan meminta semua pihak mematuhi PKP dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.

Katanya, ini berlaku ketika peratusan pematuhan PKP meningkat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *