COVID-19: Satu Lagi Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Satu lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 27 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian ke-2,162 itu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 61 tahun.

“Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain dirawat di Hospital Tangkak, pada 24 Mac lalu, sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar sehari kemudian.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac jam 10.50 pagi tadi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 159 kes baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 2,320 kes.

Sehingga kini, katanya, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 61 kes yang sudah pulih dan dibenarkan dibenarkan keluar dari wad pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 320 kes,” katanya. – Harian Metro

625