(VIDEO) ‘Abang Tentera’ Dah Mula Tugas Bantu Polis, Sila Duduk Di Rumah Masing-Masing

Seperti sedia maklum kerajaan telah melaksanakan Perintah Pengawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Namun, perintah yang meminta semua rakyat untuk berada di rumah masing-masing selama dua minggu sehingga  31 Mac ini, nampaknya masih belum dipatuhi oleh segelintir rakyat.

Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, masih terdapat individu yang berkumpul di luar malahan penjaja masih membuka gerai seperti tiada apa yang berlaku.

Oleh itu, pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan telah mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan pada Ahad bagi membantu pihak polis agar rakyat mematuhi perintah yang telah ditetapkan.

Menerusi tinjauan di Twitter, beberapa perkongsian video tular mendakwa tentera sudah mula ‘turun’ menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Moga semua rakyat dapat bekerjasama dengan pihak polis dan tentera untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu.

Pematuhan ini penting demi keselamatan rakyat dan negara daripada wabak Covid-19 yang semakin serius.

Sumber: Twitter / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *