TERKINI: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19, 10 Jumlah Kematian Di Malaysia – KP Kesihatan

Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad (22 Mac 2020) sebanyak 10 kes.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini.

Difahamkan, mangsa yang berusia 74 tahun merupakan seoarang lelaki warganegara Malaysia daripada kes ke-259.

Menurut Dr Noor Hisham, mangsa adalah daripada kluster jemaah tabligh yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac lalu.

Beliau disahkan positif pada 14 Mac dan diberi bantuan pernafsan sehinggalah disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang hari ini.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/2016081001869322/

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *