Setakat Ini, 24 Petugas Kesihatan Sah Positif Covid-19

Gambar Hiasan

Menerusi persidangan media yang disampaikan oleh KP Kesihatan, Dr Noorhisham  mengatakan bahawa sehingga kini seramai 19 kakitangan KKM dan 5 petugas dari fasiliti kesihatan swasta disahkan positif Covid-19.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, 153 kes positif Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak ini kepada 1183 kes dan empat kematian dilaporkan setakat ini.

Dalam pada itu, beliau juga ada menyebut seramai 500 orang gelandangan di Kuala Lumpur akan di bawa ke satu tempat yang sudah dikenal pasti bagi tujuan untuk membuat saringan selanjutnya.

Sumber: KKM, SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *