Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes wabak Covid-19 di negara ini akan semakin meningkat pada minggu hadapan.
Oleh itu, KKM menyeru ahli-ahli tabligh untuk tampil melakukan ujian saringan kesihatan supaya penularan wabak ini dapat dikawal.
Setakat hari Sabtu (21 Mac 2020), sebanyak 153 kes baharu positif jangkitan Covid-19 dan satu kematian dilaporkan.
Menurut KKM, daripada jumlah terbaharu itu, 90 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh.
Sumber: KKM Putrajaya