COVID-19: Hari Ini Saja 97 Kematian Direkodkan Di Iran

Pekerja menyembur cecair nyah-jangkit di Tehran untuk mengurangkan penularan COVID-19 di Iran. Foto AFP.

TEHRAN: Iran hari ini, merekodkan 97 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 611 dengan angka itu disahkan meningkat lagi.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour, berkata 1,365 kes baharu sudah ditambah ke dalam angka disahkan jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 12,729.

Jahanpour pada sidang media disiarkan di televisyen memaklumkan lebih 4,300 daripada yang disahkan dijangkiti itu sudah pulih setakat ini.

Wilayah Tehran merekodkan jumlah kes terbanyak iaitu 347, manakala Isfahan (155) dan utara wilayah Alborz (134).

Kebiasannya jumlah kes disahkan akan meningkat lebih banyak selepas Iran membuka makmal pensampelan dan ujian, katanya.

Pasar Tehran sesak walaupun arahan kuarantin dengan kebanyakan kegiatan membeli-belah sempena tahun baharu negara itu, bermula Jumaat depan.

Jumaat lalu, kementerian itu menjelaskan purata umur mangsa terkorban ialah 67 tahun.

Kematian paling muda membabitkan pesakit leukemia berusia tiga tahun dan paling tua 91 tahun, selain lelaki empat kali ganda lebih ramai terkorban, berbanding wanita.

Malangnya, keracunan alkohol mengorbankan lebih ramai orang, berbanding COVID-19 di sesetengah wilayah di Iran.

Sekurang-kurangnya 92 terkorban kerana meminum metanol selepas dikatakan mampu mengubati COVID-19 dengan angka semakin meningkat beberapa hari lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *