Lelaki Bunuh Sebelum Bakar Bapa Saudara

Lokasi serpihan tulang mangsa ditemukan di kawasan hutan belakang rumah mangsa di Kampung Kipaliu, Ranau. – Foto ihsan polis

RANAU: Seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar bapa saudaranya sebelum serpihan tulang mangsa ditemukan di kawasan hutan belakang sebuah rumah di Kampung Kipaliu di sini, petang semalam.

Mangsa lelaki berusia 68 tahun ditemukan oleh keluarganya berdasarkan penemuan tulang yang dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa, kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Simiun Lomudin, berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga anak saudara kepada mangsa dan suspek pada jam 9.43 malam.

Beliau berkata, pengadu memaklumkan menemui serpihan tulang disyaki tulang manusia yang dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa.

“Serpihan tulang itu dipercayai milik bapa saudaranya yang hilang pada 16 April lalu.

“Bagaimanapun, semua serpihan tulang yang ditemukan akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Simiun berkata, hasil siasatan polis menahan seorang lelaki yang juga anak saudara kepada mangsa.

“Suspek berusia 50 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Kes masih dalam siasatan, termasuk mengenalpasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *