Lincah Beraksi Di Dapur, Tukang Masak Ini Buat Ramai Tak Senang Duduk… Menu Pula Nampak Lazat!

Aksi tukang masak ini meraih perhatian netizen di media sosial.

SETIAP restoran pastinya mempunyai menu-menu menarik serta unik yang diketengahkan sebagai tarikan buat para pelanggan.

Namun, sebuah restoran di Pattaya, Thailand terus menjadi perhatian netizen kerana tukang masaknya yang berwajah jelita.

Menerusi sebuah video tular, tukang masak itu kelihatan menggayakan baju singkat berwarna merah jambu sambil menghasilkan juadah berasaskan daging.

Dia kelihatan tekun mencincang daging sebelum mencampurkan ia bersama beberapa bahan yang lain seperti bawang merah, bawang putih, udang kering dan perahan limau.

Ketika api daripada dapur gas menjulang, kedengaran suara beberapa individu menjerit berdekatan tukang masak itu.

Menerusi laman Instagram restoran tersebut, video-video tukang masak yang berpakaian mencolok mata itu menerima ratusan ribu tontonan dan turut dihujani pelbagai komen usikan nakal netizen.

“Saya boleh menonton kamu memasak sepanjang hari.

“Saya teringin nak makan masakan ini jika kamu sudi suap saya.

“Sesiapa tahu apa jenis masakan yang dihasilkannya?” tulis beberapa netizen.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *