Sulawesi: Seorang wanita menjadi bualan netizen, baru-baru ini selepas merelakan dirinya dimadu malah, turut mencarikan isteri baharu buat suaminya.
Juspiwati yang berasal dari sini mengizinkan suaminya dikenali Ustaz Andi Shamsir untuk berpoligami, menurut Tribun News.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian selepas tular gambar persandingan ‘tiga sejoli’ di laman sosial dan memperlihatkan Juspiwati tersenyum di sisi suami dan madunya yang dikenali Nirfawana.
Satu lagi foto tular menunjukkan Andi Shamsir dicium kedua-dua isterinya.
Difahamkan, Juspiwati menemani suami tercinta ke majlis pernikahan yang diadakan di Bulukumba, Sulawesi Selatan.
Sahabat pengantin lelaki, Ustaz Ikhwan Bahar menyifatkan pernikahan Andi Shamsir sebagai sesuatu yang luar biasa, malah memuji Juspiwati yang berhati luhur.
“Barakallah. Satu dalam seribu wanita seperti Juspiwati. Alhamdulillah, semoga bahagia selalu,” katanya.
Seorang lagi rakannya, Abdul Halim Amsur turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada Andi Syamsir.
Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai kisah perkahwinan poligami di Jombang, Jawa Timur yang mendapat perhatian ramai kerana pengantin lelaki, Hafi Muhammad Kafi Firdaus atau dikenali Abah Cijeungjing berkahwin lagi atas permintaan isteri pertamanya, Nengmas Putriyanti. – Agensi