Gempa Bumi Gegar Kota Marudu

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui satu kiriman di laman Facebooknya memaklumkan satu kejadian gempa bumi lemah telah melanda kawasan perairan Kota Marudu, Sabah pada jam 12.48 pagi.

Gegaran mungkin dirasai di persekitaran kawasan gempa itu.

Gegaran mungkin di sekitar Kota Marudu. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini. – BERNAMA