Liverpool Kalah Lagi, Chelsea Ke Suku Akhir

Chelsea menambah luka Liverpool apabila jaringan Willian dan Ross Barkley membolehkan The Blues mencatat kemenangan 2-0 seterusnya mara ke suku akhir Piala FA.

Rekod 44 perlawanan berturut-turut tanpa kalah di Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir selepas Liverpool tumpas 0-3 kepada Watford Sabtu lalu dan mereka sekali lagi dimalukan kali ini di Stamford Bridge.

Penjaga gol, Andrian gagal untuk menyelamatkan rembatan deras Willian pada minit ke-13 dan bekas pemain Everton, Barkley menambah gol kedua Chelsea selepas sejam perlawanan berlangsung.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp merombak pasukannya selepas tumpas kepada Watford dengan melakukan tujuh pertukaran namun masih lagi menyeneraikan beberapa pemain berpengalaman.

Sadio Mane melepaskan beberapa peluang keemasan dan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga kembali buat pertama kali sejak disingkirkan Januari lalu, tatkala dia juga menyelamatkan tiga percubaan merbahaya sebelum rehat.

Bagaimanapun, pemain Chelsea berusia 18 tahun, Billy Gilmour beraksi baik di bahagian tengah dan membawa kelabnya mara ke pusingan suku akhir.

Bagi Liverpool, selepas gah dengan menguasai sepanjang musim ini mula menunjukkan kemerosotan selepas tumpas tiga kali daripada empat perlawanan untuk semua kejohanan termasuk ketika kalah kepada Atletico Madrod pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara. – Reuters

1263