Yakin Undi Tak Percaya Gagal – Jeffrey

Presiden Parti Solidariti Tanahairku Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan

“Saya yakin kerajaan baharu ini akan mendapat sokongan majoriti dan undi tidak percaya di Parlimen tidak akan menjadi kenyataan.”

Demikian penjelasan Ahli Parlimen Keningau Datuk Dr Jeffrey Kitingan ketika mengulas ura-ura mengatakan Pakatan Harapan akan melakukan undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 9 Mac ini.

Jeffrey berkata, pihaknya lega dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan sekali gus menyelesaikan isu perebutan jawatan itu.

“Lega sekali sebab sudah selesai, kita fokus kepada tugas dan tanggungjawab sekarang.

“Saya buat keputusan ini disebabkan kalau dua pemimpin berebut jawatan PM (Perdana Menteri) tidak habis-habis, isu ini tidak akan selesai,” katanya ketika ditemui di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, apa yang penting ketika ini adalah fokus kepada pembangunan negara dan meningkatkan ekonomi. – Harian Metro

5878