Muhyiddin Bukanlah PM Sebenar, Kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tidak sampai dua jam sebelum majlis angkat sumpah Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah PM yang sebenar kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

Dr Mahathir, Perdana Menteri Interim memberitahu persidangan akhbar bahawa sebaliknya beliau mendapat sokongan majoriti daripada 114 ahli Parlimen, hasil daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), Warisan dan beberapa ahli Parlimen bebas, sesetengahnya daripada parti beliau sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tan Sri Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Yayasan Albukhary di sini.

AKAN MENYUSUL

8361