PKR Sabah Nafi 3,144 Ahli Cabang Libaran Keluar Parti

KOTA KINABALU: PKR Sabah menafikan seramai 3,144 ahli daripada cabang Libaran telah keluar parti berkenaan.

Pengarah Komunikasi Keadilan Sabah, Adam Fistival Wilfrid, memaklumkan dakwaan bekas Ketua Cabang Libaran, Jaffari Waliam, semalam, berhubung perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Kami menyangkal dakwaan Jaffari bahawa 3,144 ahli daripada cabang Libaran telah keluar parti.

“Hanya 32 ahli keluar parti yang terdiri daripada kalangan ahli jawatankuasa cabang Libaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media semalam melaporkan Jaffari mendakwa PKR Sabah bakal dibubarkan dan seramai 3,144 ahli membabitkan 23 daripada 25 ranting cabang Libaran keluar parti bersama beliau.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *