Muhyiddin Menghadap Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Turut mengiringi Muhyiddin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Pagoh itu menerima sokongan Barisan Nasional dan Pas sebagai perdana menteri mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. 

3921